Thursday, June 17, 2010

Tempahan Baju Lelaki dan Wanita

9tyNine DeSign menerima tempahan jahitan pakaian lelaki dan wanita. Untuk tempahan, anda hanya perlu emailkan maklumat peribadi anda seperti nama dan no. tel ke 9tyninedesign@gmail.com dan kami akan membalas email tersebut untuk pengesahan. Jika anda berada di sekitar Lembah Klang, kami menyediakan khidmat mengukur dan menghantar ke lokasi anda (rumah/pejabat). Bagi anda yang tinggal di luar Lembah Klang, tempahan boleh dibuat dengan mengepos kain anda beserta baju contoh dan kami akan mengeposkannya semula kepada anda setelah tempahan anda siap. Bagi tempahan baju melayu, kami tidak membuat proses mengukur, sebaliknya memerlukan baju contoh untuk ukuran. Kami suka memaklumkan bahawa 9tyNine DeSign mempunyai tenaga mahir yang menghasilkan jahitan pakaian yang kemas dan memuaskan. Semua tenaga mahir yang kami ada berpengalaman dalam menjahit tempahan pakaian siap dalam kuantiti yang banyak dari pemborong pakaian siap di sekitar Kuala Lumpur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~


Senarai Harga Tempahan Baju

Baju Melayu - dari RM85.00


Baju Kurung Biasa - dari RM40.00

Baju Kurung Pesak Gantung - dari RM45.00

No comments:

Post a Comment